Isnin, 13 Februari 2017

Kisah Sedih Bisnes

Assalamualaikum

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Lama kisah ini saya pendam. Bukan tak mahu cerita. Tapi bila cerita akan terluka kembali. Chewaahh. Tapi tetap nak cerita juga supaya saya dan anda yang baca ambil pengajaran dan tak lupa. Biasa la, dalam bisnes ada turun naik. Saya naik sekejap je. Dan saya jatuh pun sekejap je.

Tahun 2014,
Saya bisnes dengan jayanya. Alhamdullillah. Waktu ini jenama terkenal seperti BellaAmmara, Calaqisya pun tengah naik. Lagi lah kita bersemangat. Saya dah mula survey untuk buat website tahun 2015. Dan Alhamdullillah berjaya.

2015, perancangan untuk berhenti kerja semakin membara. Bisnes going well. Dan saya bersedia untuk pindah dan duduk bersama suami. Namun, ada beberapa perkara timbul di office. Saya jadi kurang semangat untuk kerja. Tiba-tiba saya dapat berita yang sangat-sangat TAK BEST. Dan tanpa fikir panjang saya terus hantar surat resign. 3 bulan notis.

Rancangannya bila dah berhenti kerja terus bisnes macam biasa. Tapi perancangan Allah kita tak tahu. Saya disahkan mengandung anak kedua. Masa ini saya masih menyusukan anak pertama. Jadi emosi saya tidak stabil. Saya terpaksa stop susukan anak pertama dan waktu itu saya mengalami alahan. Keadaan berterusan hinggalah saya dan suami duduk bersama di KL.

Bila duduk KL, semangat nak bisnes makin jatuh. Entahlah. Mungkin sebab keadaan persekitaran baru. Dah tak buat sale, maka Agen pun terminate. Website kelaut, fanpage berhabuk, blog bersawang. Kalau anda perasan, 2015 dan 2016 saya tidak tulis entry. Sampaikan ada orang email saya untuk tanya sama ada blog saya masih aktif atau tidak. Oh, masa itu saya menangis..

Bulan 10 2015, Puan Ummu Habibah, Founder Muslimah4u ada buka untuk jadi agen Baju Muslimah4u. Saya dah kenal baju Muslimah4u. Siapa sangka akhirnya saya dapat jadi agen bersama mentor bisnes yang saya kagumi. Alhamdullillah.

2016 Saya bangkit dengan semangat baru..
Saya mahu sebarkan baju blouse muslimah yang stailo, nursing friendly, tak payah iron, corak cantik-cantik belaka dan labuh yang membolehkan wanita bergaya tanpa abai aurat.
Saya bangkit dengan view yang berbeza. Kali ini saya banyak gunakan FB personal sebagai medium iklan. Akhirnya bulan 9 saya masuk kelas instagram. Nak bisnes kena berani laburkan duit. Cari mentor untuk guide kita. Biarlah orang nak kata apa. Duduk dalam circle Insta Puaka Memang berbeza sangat-sangat dengan kelas lain yang saya pernah sertai. Saya banyak juga joint kelas online. Tapi Insta Puaka lain dari kelas lain. Tak caya? Jom joint kami.

Kini 2017,
saya mahu lagi bantu orang lain. Kali ini dengan menambah nilai pula. Macam mana tu? Dengan ambil agen di bawah saya. Saya mahu bantu orang lain supaya Blouse Muslimah Stailo menggegarkan pasaran Malaysia. Doakan saya ye. Terima kasih Sudi Baca..

Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi a.k.a #MummyTiqa

Ahad, 8 Januari 2017

Gambar Dengan Kawan

Assalamualaikum

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Entry ke3 31-Days Challange By JDT Blogger kali ini adalah mengenai Gambar bersama rakan.mari kira selusuri sebahagian cerita saya dan rakan.

Sebenarnya saya tidak ada kawan rapat. Kawan yang ada sekarang pun kenal dalam group babywearing. Itulah kawan bercerita, membebel dan mencurah rasa. Kami datang dari pelbagai latar belakang. Inilah yang menjadikan persahabatan kami indah dan sentiasa ceria. Kami bersatu pada tahun 2014 di JB. Ketika itu Selat Tebrau Babywearers ada mengadakan Bengkel Babywearing 101. Disitulah titik tolak permulaan kepada jatuh cinta saya kepada dunia babywearing.

Kami bukan sekadar cerita mengenai babywearing. Macam2 kami cerita dan bicara. Keluarga, kesihatan, ekonomi, jenaka, sedih, gembira semua disatukan dalam group wassap. Ada kalanya ada berselisih pendapat, tapi kami semua berlapang dada dan menerima pendapat orang lain.

Kami jarang berjumpa. Malah untuk jumpa semua ahli group pun adalah suatu yang mustahil. Ini kerana tidak semua kami akan ada pada masa itu. Bergantung kepada keadaan dan kesediaan. Namun selalunya kami akan jumpa beramai-ramai pada bulan Oktober. Bulan Oktober telah diiktiraf sebagai Babywearing Month. Jadi akan ada sambutan diadakan bagi menghargai dan saling bertukar pendapat di antara babywear. Ini lah masanya untuk bersua muka.

Southern Baby wearing Festival 2016

Malaysian Baby wearing IBW 2016


Annual General Meeting 2015


Ini adalah sebahagian gambar saya bersama rakan. Saya sayang mereka. Moga Kasih kami kekal selamanya. Aamiin

Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi

Gambar Setahun Yang Lalu

Assalamualaikum

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Terlambat sebenarnya update entry ke-2 untuk 31 Days  Challenge By JDT Blogger. Maapkan saya ye pihak penganjur. Tak sengaja. Tak buat dah lepas ini. 

Entry Ke2 adalah gambar setahun yang lalu.
Setahun yang lalu adalah bulan January. Sebulan selepas kelahiran Hana Zafira. Puteri kedua saya dan suami. Kehadiran Hana dalam kehidupan kami sekeluarga banyak memberi perubahan yang lebih baik. Antaranya saya berhenti kerja dan ikut pindah duduk KL. Sedih juga bila nak tinggalkan Pasir Gudang sebab waktu itu kami baru sahaja setahun duduk rumah yang kami beli sendiri.

Namun, perancangan Allah lebih bermakna. Selepas saya disahkan mengandung, ditambah dengan emosi tidak stabil dan tekanan kerja inilah keputusan paling tepat. Kami pindah ke KL pada bulan June 2015. Dan bulan Disember 2015, saya melahirkan Hana Zafira di Hospital Ampang.


Khamis, 5 Januari 2017

Siapa Saya?

Assalamualaikum Wbt

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Tadi scrool instagram. Tiba-tiba ternampak post JDT Blogger "31 Days Challange By JDT Blogger"
Ermm macam best je. Lagipun dah lama blog bersawang. Azam 2017 kan tak mahu lagi blog bersawang macam tahun lepas. Jadi, tanpa fikir panjang terus taip tajuk hari ini. Tajuk hari ini adalah Siapa Saya. Siapa Ya Nor Atiqah Hamidi? Hihihi

2014 dah ada entry pasal Siapa Saya. Jadinya, entry kali ini saya akan cerita mengenai diri saya selepas tahun 2014. Sekarang dah 2017. Mesti ada yang berubah kan.

Saya berhenti kerja pada tahun 2015. Bulan Jun 2015. Dan terus pindah Ampang bulan Jun juga. Sebelum itu, saya dan Eryna di Pasir Gudang. Manakala suami di Kuala Lumpur. Ketika itu juga saya sedang mengandungkan anak kedua, Hana Zafira. Maka bermulalah kehidupan kami sekeluarga di tengah kota metropolitan. Masalah utama kami ketika itu adalah mencari pasar. Hahaha. Kami beranggapan ada pasar basah dan kering seperti di Kipmart Pasir Gudang. Ada sebenarnya, tapi tak sebesar dan sebest Kipmart Pasir Gudang. Beruntung orang Pasir Gudang boleh beli barang dapur dalam mall yang selesa tu. Tak lama lepas tu masalah pasar pun selesai. Tapi masih belum jumpa lagi pasar macam Kipmart Pasir Gudang sampai sekarang.

2015 adalah tahun yang agak suram untuk saya dari segi sudut sebagai bisnesswoman. Saya tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada bisnes dan blog kerana masalah internet dan juga diri yang terumbang ambing. Apabila Puan Ummu Habibah, founder Muslimah4u buka peluang untuk jadi Rakan Niaga Muslimah4u saya tidak tunggu lama untuk daftar. Saya tahu ini peluang saya untuk kembali sebagai bisnesswoman. Sedih tau bila agen lama terminate sebab lama tak buat sale. Salah sendiri yang tak buat sale.

Saya melahirkan Hana Zafira, puteri kedua di Hospital Ampang. Alhamdullillah kelahiran dipermudah namun Allah beri sedikit ujian penyusuan. Namun berkat semangat dan dorongan dari Kawan-Kawan, suami, Mak Abah dan Mak Abah Mertua masalah tersebut berjaya diatasi. Oh Ya, Bulan Disember juga menggalkan kenangan manis apabila muka saya terpampang di Majalah Pa&Ma. Alhamdullillah dua kenangan istimewa ditahun 2015.

2016 saya bangkit dengan semangat baru. Semangat mahu terus mensebarkan lagi Blouse Muslimah Stailo ke serata dunia dan Malaysia. Saya mahu ibu menyusukan mudah untuk menyusukan permata hati dan kekal bergaya. Kali ini medium Fb Digunakan sebagai medium penyebar Blouse Muslimah. Lagi seronok bila Ladyboss bagi semangat dan galakan.

Saya sertai Group Telegram 'Insta Puaka'.
Memang puaka sungguh group ini. Cikgu sempoi. Kami sebagai student pun semangat bila dalam group. Group ini bukan sekadar instagram sahaja. Macam-macam ilmu lain diberi. Semangat dan galakan sentiasa diberi supaya kami kuat dan gagah dalam bisnes. Jangan mudah mengalah kata cikgu.

Itulah sebahagian cerita Siapa Saya selepas 2014.
Jumpa lagi di entry ke2 dalam "31 Days Challange By JDT Blogger"

Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi 😊

Isnin, 2 Januari 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Assalamualaikum Wbt

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Alhamdullillah. Syukur pada Allah. Masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk berkhidmat di atas bumi untuk hari ini. Bagaimana hari anda? Sudah hari kedua dalam tahun 2017. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun 2016.

Tahun 2016 banyak cerita yang tidak sempat ceritakan disini. Ini kerana banyak cerita tersebut ada di FB. Jadi, azam tahun 2017 saya akan cuba masukkan cerita di sini dan juga FB. Saya masih sayangkan blog ini. Blog ini lah tempat saya mencurah rasa. Maka blog ini saya akan update sentiasa untuk tahun 2017.

Sudah tetapkan azam untuk 2017? Apa yang pasti saya mahu menjadi lebih baik untuk tahun 2017. Ibu yang lebih baik, isteri yang lebih baik, bisnesswoman yang lebih baik. Segala-galanya lebih baik untuk tahun ini. Saya mahu bantu ibu-ibu untuk bisnes dari rumah dan terus menyusukan permata hati.

2016 menjadikan saya lebih serius dalam bisnes. Dalam masa yang sama saya juga sekali lagi berjauhan dengan suami. Fasa ini lebih mencabar kerana saya duduk bersama dua puteri sepanjang masa. Walaubagaimanapun, ianya pengalaman yang menarik dan akan diingati. Tugas suami tidak membenarkan kami ikut walaupun saya sudah tidak bekerja. Jadi duduk sahajalah di rumah.

Saya doakan 2017 ini lebih bermakna untuk anda.
Tetapkan azam dan matlamat yok!

Selamat Tahun Baru 2017,
Nor Atiqah Hamidi

Jumaat, 20 Mei 2016

Hana dan Tongue Tie

Assalamualaikum wbt

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Alhamdullillah. Syukur pada Allah atas segala nikmatNya.

Bulan Disember tahun lalu, saya telah selamat melahirkan pertama hari kedua. Baby girl. Boleh geng masak-masak dengan Eryna. Alhamdullillah, proses kelahiran kali ini agak mudah dan ambil masa singkat. Saya lalui fasa contraction di rumah. Sampai sahaja di Hospital Ampang terus ditolak ke Labour Room. Tak lama lepas tu, Hana keluar.

Perjalanan penyusuan saya dan Hana bermula dengan keadaan biasa sahaja. Tetapi saya mula berasa pelik apabila Hana akan menangis setiap kali menyusu. Malah saya akan berasa sakit setiap kali Hana menyusu. Seolah kami masing-masing tidak selesa. Hari ketiga saya mula mengalami masalah nipple luka. Kali ini agak teruk berbanding Eryna.

Dugaan bertambah apabila Hana mengalami Jaundice. Setiap hari bacaannya semakin tinggi. Setiap kali menyusu Hana akan menangis. Dan setiap sesi menyusu akan mengambil masa yang sangat lama. Kadangkala hingga 40 minit. Bila Hana membuang, najis akan berwarna hijau. Saya tahu bila najis baby berwarna hijau maknanya baby tidak mendapat susu secukupnya.

Akhirnya pada hari ke-6 kelahiran Hana, saya sudah stress. Saya tidak cukup rehat, Hana akan sentiasa menangis. Saya bertanya kepada rakan dalam group whatsapp. Salah seorang dari kalangan kami meminta saya untuk periksa lidah Hana untuk kenal pasti sama ada mengalami Tongue Tie atau tidak. Ini kerana berdasarkan cerita saya, itu adalah tanda-tanda baby tidak puas menyusu. Saya ambil gambar dan hantar kepadanya.

Betullah tekaan saya. Hana mengalami Tongue Tie. Jadi saya perlu pump susu dan berikan kepada Hana melalui cawan atau syringe. Untuk masalah tongue tie ini, selalunya Pakar Laktasi akan mengesahkan nya. Seterusnya akan diperiksa sama ada perlu atau tidak pembedahan dilakukan. Saya terus mencari info mengenai Klinik Kanak-kanak di sekitar KL. Ada tetapi ketika itu doktornya sedang bercuti. Saya berbincang dengan suami. Balik Kluang kami akan terus ke JB. Saya kenal seorang Pakar Kanak-Kanak yang telah berjaya membuka klinik beliau sendiri.

Pada hari Ahad 27/12/2015, saya dan suami bertolak ke JB. Kami terus menuju ke Pusat Rawatan Kanak-Kanak Adda berjumpa dengan Doktor Hairin Anissa. Beliau merupakan Pakar Laktasi yang juga Pakar Kanak-Kanak. Beliau sangat menyokong penyusuan susu ibu. Saya kenal beliau ketika dalam Kelab Penysuan Susu Ibu Johor lagi.

Kami sampai lebih kurang jam 10 pagi. Ramai juga orang yang sedang menunggu. Persekitaran klinik sangat cantik dan selesa. Ada ruang bermain untuk kanak-kanak. Malah disediakan juga makanan dan minuman untuk keluarga yang menunggu. Kami masuk setelah dipanggil oleh doktor. Pada mulanya Dr Hairin mengatakan Hana tidak perlu freenotomy. Tetapi bila Hana menyusukan secara terus, dia akan terlepas dan menangis. Akhirnya setelah pemeriksaan dibuat, Dr Hairin membat keputusan untuk membuat minor operation ke atas Hana.

Alhamdullillah. Pembedahan berjalan lancar dan kami menikmati perjalanan penyusuan dengan aman dan selesa. Berat Hana makin bertambah. Sudah banyak 'akal'.

Sekali lagi saya nasihatkan kepada ibu-ibu. Jangan ambil mudah dengan penyusuan. Kita nampak mudah, tetapi tidak senang. Belajarlah. Carilah ilmu. Ajak suami ke kelas penyusuan dan persediaan bersalin. Penyusuan susu ibu memerlukan kita sentiasa menimba ilmu.

Semoga perjalanan penyusuan susu ibu kita semua dipermudahkan oleh Alla SWT.

Hana Zafira binti Mohd Izzul Afandi
Permata Hati kedua kami.


Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi

Selasa, 17 Mei 2016

Tahniah Untuk Anda!

Assalamualaikum

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Allah. Lamanya saya tak update blog kan. Maaf kan saya wahai pembaca sekalian. Saya akan cuba sentiasa update selepas ini.

Minggu lepas ada seorang bakal ibu WhatsApp saya. Katanya mahu beli buku. Buku tersebut saya ada iklankan di blog ini. Bila saya tanya adakah ini kelahiran pertama? Ibu tersebut jawab Ya. Rupanya Ibu itu mahu meyakinkan ibunya yang dia boleh menyusukan anak.

Ibu-ibu sekalian,
Masalah ini sememangnya sering terjadi kepada kita, Terutamanya ibu yang pertama kali melahirkan. Sebagai orang yang akan menjaga kita sepanjang tempoh berpantang, Ibu kita mahu memberikan yang terbaik. Jadi, kita sendiri yang perlu bersedia jika sudah ternampak bayang-bayang yang ibu kita kurang memberi sokongan terhadap penyusuan susu ibu. Kita yang harus cari ilmu. Supaya kita boleh memberi info dan bercerita kepada ibu apa kelebihan dan kebaikkan susu ibu. Boleh ya Ibu-Ibu sekalian?

Jangan anggap ini satu masalah yang besar. Kita harus bergembira untuk menerima kelahiran permata hati yang ditunggu selama 9 bulan. Sekarang sudah banyak kelas penyusuan. Apa kata bawa sekali ibu kita ke kelas penyusuan. Oh ya. Suami pun harus dibawa juga. Suami merupakan tulang belakang kejayaan penyusuan kita. Selalulah bercakap mengenai susu ibu dengan suami. Terutama betapa jimatnya poket suami kita.

Semoga perjalanan penyusuan susu ibu kita semua dipermudahkan.
Selamat menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba. Saya akan kongsikan pengalaman saya menyusukan Eryna ketika bulan Ramadan. Tunggu ya.

Ibu Kepada 2 Puteri,
Nor Atiqah Hamidi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...